Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah 2025 - Saifuddin Nasution
Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah 2025
August 7, 2025
Dadah kekal musuh nombor satu negara — kita tidak akan berkompromi.
Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah 2025 di Dataran Darulaman, Jitra hari ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu medan iltizam nasional. Komitmen kita jelas: lebih RM480 juta telah diperuntukkan, dan KDN akan terus memohon tambahan RM500 juta bagi memperkukuh operasi AADK serta pusat-pusat pemulihan di seluruh negara.
Lebih 80% bekalan dadah masuk melalui laluan laut — dan kita tidak duduk diam. Dengan sokongan dan perhatian khusus YAB Perdana Menteri, permohonan kami bagi penambahan aset Maritim Malaysia telah diberi perhatian sewajarnya. Terima kasih YAB PM atas sokongan padu dalam misi besar ini.
Hari ini juga, saya menyeru seluruh kepimpinan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kedah untuk bersama KDN mencari jalan keluar dari senarai empat negeri tertinggi kadar penagihan dadah. Ini bukan soal politik — ini soal tanggungjawab bersama.
Kami turut menjunjung titah KDYMM Tuanku Sultan Kedah agar masjid dan khutbah Jumaat diperkasa sebagai saluran pencegahan. Ini medan kita semua.
Bersama, kita gerakkan gelombang perubahan. Jangan biar bunga manggar jadi penutup cerita — biar ia jadi pembuka gerakan nasional membanteras dadah.

Ruangan Komen:

Loading...