Hadir memenuhi jemputan jamuan makan malam sempena sambutan ulang tahun Persatuan Penganut Ling Thong Keong di Padang Serai, Kedah.
Saya dimaklumkan bahawa persatuan ini telah bertapak selama 120 tahun, satu tempoh yang panjang dan penuh makna. Ia bukan sekadar angka, tetapi lambang kepada kekuatan dan kesetiaan yang terus dipelihara dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Saya ambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan ahli persatuan atas peranan besar mereka dalam memupuk nilai toleransi, saling menghormati dan semangat Kerajaan Perpaduan yang kita bina bersama.
Inilah wajah sebenar Malaysia, bersatu, harmoni, dan penuh semangat kebersamaan.






Ruangan Komen: