Sarapan pagi bersama rakan-rakan Friends of Ministry (FOM) Kementerian Dalam Negeri - Saifuddin Nasution
Sarapan pagi bersama rakan-rakan Friends of Ministry (FOM) Kementerian Dalam Negeri
November 3, 2025
Sarapan pagi bersama rakan-rakan Friends of Ministry (FOM) Kementerian Dalam Negeri sambil bertukar pandangan dan berkongsi fokus utama KDN dalam Belanjawan kali ini, serta isu-isu semasa yang dekat dengan masyarakat.
Sesi seperti ini amat penting kerana ia menjadi ruang untuk memperkukuh kefahaman dan memastikan dasar serta inisiatif KDN dapat disampaikan terus kepada Ahli Parlimen, agar penjelasan yang tepat dan menyeluruh dapat dikongsi bersama rakyat.
Di akhir sesi, saya berpeluang menyerahkan buku baharu karya Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjudul “Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in PostNormal Times.” . Buku ini belum lagi dilancarkan di sini, PMX baru sahaja mengedarkannya kepada anggota Kabinet minggu lalu, dan hari ini saya kongsikan pula naskhah tersebut bersama rakan-rakan Friends of Ministry (FOM) KDN.

Ruangan Komen:

Loading...