S
aya berpeluang turun padang bersama YAB Perdana Menteri ke Batu 7, Kampung Kemboja, Ayer Hitam — menyaksikan sendiri komitmen luar biasa para pesawah dalam menjayakan projek penanaman padi lima musim di kawasan Muda.



Sebagai anak Kedah, saya cukup terharu melihat semangat dan kegigihan pesawah kita yang tidak pernah luntur, walau diuji cuaca, harga, dan ketidaktentuan pasaran.
Kerajaan MADANI amat memahami peranan besar mereka dalam menjamin keterjaminan makanan negara. Maka, setiap usaha untuk meningkatkan hasil, menaikkan pendapatan dan memperbaiki kesejahteraan hidup pesawah akan terus diberi perhatian.
Kita bukan sekadar melihat sawah terbentang luas — kita melihat keringat dan harapan rakyat yang ingin hidup lebih baik. Insya-Allah, KDN akan sentiasa menyokong usaha membela nasib mereka, kerana petani sejahtera adalah asas negara yang kuat.
Ruangan Komen: