Simbolik penyerahan sumbangan lembu korban sempena program Ziarah Kasih Madani bertempat di Surau Al Falah, Kampung Pondok Labu Keladi, Kulim. - Saifuddin Nasution
Simbolik penyerahan sumbangan lembu korban sempena program Ziarah Kasih Madani bertempat di Surau Al Falah, Kampung Pondok Labu Keladi, Kulim.
June 16, 2025

Saya telah turun ke Kedah untuk menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan lembu korban sempena program Ziarah Kasih Madani bertempat di Surau Al Falah, Kampung Pondok Labu Keladi, Kulim.

Sebanyak 34 ekor lembu diagihkan di kawasan Parlimen Padang Serai dan 11 ekor lagi di kawasan Kulim Bandar Baharu sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Dalam kesempatan ini juga, saya turut menyampaikan sumbangan pek daging korban serta bakul makanan kepada beberapa keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan berkenaan.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat, dan sekali gus menyemarakkan semangat pengorbanan serta ukhuwah sesama kita di hari yang penuh barakah nanti.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Haji Zepri bin Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU JPM) atas kesudian beliau menerajui majlis kita pada malam ini.

Tidak dilupakan juga kepada tuan imam serta ahli jawatankuasa Surau Al Falah yang telah memberi kerjasama penuh dan menjadikan surau ini sebagai lokasi penganjuran program.

InsyaAllah, segala usaha yang kita laksanakan ini, walau kecil pada pandangan mata, mudah-mudahan besar nilainya di sisi Allah SWT dan diterima sebagai amal jariah yang berpanjangan.

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja

Ruangan Komen:

Loading...