
Tak molek rasanya kalau saya datang ke kampung kelahiran Dato’ Badrul Hisham, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tapi tak singgah menziarahi keluarganya. Jadi, saya luangkan masa sekejap, duduk minum, bersembang dan bertanya khabar.
Saya juga sempat meninjau beberapa penambahbaikan yang dah dijalankan seperti rumah asnaf yang telah dibaikpulih, gelanggang takraw yang kembali aktif, dan masjid yang turut ditambahbaik. Dalam kunjungan singkat tu, saya tak lupa untuk menyampaikan sedikit bantuan buat penduduk setempat.
Bagi saya, inisiatif seperti ini walaupun nampak kecil pada mata orang luar, tapi kesannya besar pada kehidupan rakyat. Ia bukan sekadar projek, ia bukti bahawa kerajaan hadir bukan dengan janji, tapi dengan keprihatinan yang boleh dirasa dan dilihat sendiri.







Ruangan Komen: