Solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Irfan, Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah
August 25, 2025
Alhamdulillah, syukur Allah SWT masih beri saya kesempatan dan kesihatan untuk memulakan hari dengan sebelum meneruskan Program Sua Mesra KDN.
Suasana Subuh memang ada aura yang berbeza. Tenang, sejuk, dan penuh rasa syukur. Dalam ketenangan itu, saya berpeluang mendengar perkongsian rohani daripada Ustaz Aziz bin Osman, Pegawai Agama Maritim Pulau Pinang. Beliau memetik Surah Al-Zalzalah ayat ke-7, mengingatkan bahawa setiap kebaikan, walau sekecil zarah, tetap akan dilihat dan dibalas oleh Allah SWT.
Saya sendiri tersentuh, kerana hakikatnya hidup ini penuh dengan langkah-langkah kecil. Kalau setiap satu kita niatkan kerana Allah, insya-Allah semuanya jadi ibadah.
Mudah-mudahan setiap langkah kecil, setiap usaha dan pengorbanan yang kita curahkan, Allah terima sebagai ibadah. Semoga ia menjadi sebab keberkatan untuk saya sendiri, untuk seluruh warga KDN, dan juga untuk masyarakat.

Ruangan Komen:

Loading...