Syarahan Perdana bertajuk “AI Dalam Konteks Manusia dan Duniawi” - Saifuddin Nasution
Syarahan Perdana bertajuk “AI Dalam Konteks Manusia dan Duniawi”
November 3, 2025

Alhamdulillah, berpeluang ikut hadir ke Syarahan Perdana bertajuk “AI Dalam Konteks Manusia dan Duniawi” yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, seorang tokoh ilmu yang sentiasa tajam pandangannya.
Banyak perkara menarik yang beliau kongsikan, terutamanya tentang isu besar dalam dunia kecerdasan buatan (AI) iaitu soal etika, moral dan akhlak. Benar, teknologi ini membuka ruang yang luas, tapi dalam masa sama turut menuntut kebijaksanaan kita mengendalikannya.
Saya sendiri tak menafikan ada sisi yang perlu diberi perhatian, namun saya percaya kita tidak boleh menolak arus kemajuan. Di KDN sendiri, saya sering menggalakkan semua agensi untuk meneroka dan memanfaatkan potensi AI, asalkan ia berpaksikan nilai dan tanggungjawab manusia.
Perkongsian hari ini betul-betul membuka ruang fikir. Mengingatkan bahawa dalam mengejar kemajuan, kita jangan hilang arah. AI mungkin mampu meniru cara manusia berfikir, tapi ia tidak akan pernah meniru cara manusia merasa. Dan di situlah letaknya kelebihan dan tanggungjawab kita sebagai manusia.

Ruangan Komen:

Loading...