Tinjauan Hari Pertama Pelaksanaan BUDI95 Untuk Anggota Polis - Saifuddin Nasution
Tinjauan Hari Pertama Pelaksanaan BUDI95 Untuk Anggota Polis
October 8, 2025

Alhamdulillah, pelaksanaan BUDI95 peringkat awal untuk anggota Polis berjalan lancar – hari ini saya berada di stesen minyak Petronas di Jalan Bokara, Sandakan, Sabah.
Sebagaimana diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Budi 95 untuk seluruh rakyat Malaysia akan mula berkuat kuasa pada 30 September 2025. Peringkat awal ini didahulukan kepada pasukan beruniform sebagai ‘stress test’ untuk memastikan sistem berjalan lancar.
Saya diperlihatkan pelbagai kaedah pembelian RON95:
– Guna MyKad di kaunter.
– Guna MyKad di terminal pam.
– Guna aplikasi Setel tanpa MyKad (e-KYC, lebih pantas & boleh semak baki 300 liter subsidi)
– Bayaran melalui TnG eWallet tanpa MyKad.
Menariknya, setiap transaksi akan memaparkan resit subsidi kerajaan mengikut harga semasa.
Hari ini, lebih 300 ribu anggota polis dan tentera sudah menikmati skim ini. Esok ia diperluas kepada penerima STR seramai 8 juta orang, dan pada 30 September kepada 18–20 juta rakyat.
Dengan Budi 95, subsidi petrol kini sampai tepat kepada rakyat Malaysia — bukan lagi warga asing. Lebih 4,000 stesen minyak di seluruh negara terlibat dengan Petronas sebagai pemain utama.
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas inisiatif Budi 95 serta sokongan penuh kepada KDN dan pasukan keselamatan. Pelaksanaan hari pertama untuk anggota Polis di Sandakan terbukti lancar dan diyakini akan memberi manfaat besar kepada rakyat.

Ruangan Komen:

Loading...