Dalam setiap program rasmi KDN, saya selalu pesan kepada agensi-agensi, jangan tunggu rakyat datang cari kita. Hakikat kepimpinan yang sebenar ialah apabila kita sendiri turun ke lapangan, mendekati rakyat, dan menyelami kisah hidup mereka.
Hari ini di Kulim Bandar Baharu, saya bersama KSU, Datuk Awang Alik bin Jeman serta Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berpeluang menziarahi beberapa buah rumah.
Ziarah ini menemukan kami dengan pelbagai cerita kehidupan. Setiap rumah ada kisahnya yang tersendiri. Ada yang sudah uzur dan terbaring sakit dan ada juga yang sedang bertarung dengan penyakit kronik.
Mudah-mudahan, ziarah kecil ini membawa sedikit kegembiraan buat mereka dan menjadi peringatan buat saya serta seluruh warga KDN bahawa amanah ini bukan sekadar tugasan rasmi, tetapi satu ibadah dan tanggungjawab yang mesti dipikul dengan ikhlas.








Ruangan Komen: